Hari ni baru je nak masuk bulan suku pertama tahun 2020. Tapi, dah macam-macam kejadian terjadi, bukan sahaja dekat negara kita, tapi juga di seluruh dunia.
Jadi, jom kami kongsikan dengan korang 4 kejadian besar yang dah berlaku:
1. Penularan wabak novel Koronavirus atau COVID-19
Sebenarnya, wabak ni dah mula tular sekitar bandar Wuhan di China pada bulan Disembar. Namun, virus tersebut mula menyerang secara besar-besaran dan terkena tempias pada negara kita pada awal Januari sehinggalah sekarang.
Sehingga hari ini, 25 kes telah dilaporkan di Malaysia dan 22 kes telah diselesaikan. Bagaimanapun, kes ke 23, 24 dan 25 masih lagi dirawat dan diberi perhatian sepenuhnya. Orang awam juga dinasihatkan untuk menangguh segala perjalanan ke China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.
2. Kehilangan nama-nama besar dalam Industri Hiburan
2 bulan pertama di tahun 2020 menyedarkan kepada kita bahawa mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja.
22 Januari- Negara kehilangan pengarah muzik terkenal yang dikenali sebagai Lok-U atau nama sebenarnya Faizal Uzir. Dilaporkan, Lok-U meninggal dunia di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan akibat kesesakan nafas usai bersenam pada waktu pagi.
10 Februari- Negara kehilangan pelawak dan pelakon terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan. Kematian Abam benar-benar menggemparkan seluruh negara. Ramai kenamaan dan juga orang alim memperkatakan tentang kebaikan Abam.
18 Februari- Seminggu selepas kematian Abam Bocey, sekali lagi negara dikejutkan dengan kehilangan pelakon terkenal Ashraf Daniel Mohamad Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sicnclair. Kematian yang secara tiba-tiba itu telah membuatkan ramai peminatnya di Malaysia dan Indonesia berduka. Pelakon yang merupakan suami kepada penyanyi Indonesia terkenal, Bunga Citra Lestari itu dikatakan telah meninggal sewaktu tidur.
3. Perpecahan Kerajaan Pakatan Harapan
Pertengahan Februari menyaksikan terjadinya pergolakkan politik tanah air negara. Bermula dengan tindakan Azmin Ali dan 10 orang ahli PKR yang lain meninggalkan parti mereka, disusuli dengan pengumuman parti Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan.
Rentetan daripada itu, Tun Mahathir telah meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, beliau telah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri Interim. Hampir seminggu, episode politik negara bergelora dan seluruh rakyat terus mempersoal siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri.
4. Tan Sri Muhyiddin Yassin Dipilih Menjadi Perdana Menteri Ke-8
Selepas seminggu episode pergolakan politik negara, akhrinya segala teka-teki terjawab. YDP Agong telah memperkenankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
Menurut kenyataan Istana Negara, Muhyiddin Yassin berjaya memperoleh sokongan majority mudah daripada Ahli Parlimen. Sebelum itu, 221 orang Ahli Parlimen telah dipanggil menghadap YDPA bagi mempersembahkan sokongan mereka.
Wow, baru dua bulan weh, dah macam-macam isu terjadi. Kadang-kadang tak sempat nak bernafas memikirkan segala yang terjadi. Apa-apa pun, make sure korang sentiasa berada dalam keadaan selamat. Hindarkan segala provokasi dan pastikan korang dapat segala berita daripada sumber yang sahih.