Robot Kini Ambil Alih Tugas Pelayan Di Restoran Mamak

Ekoran daripada isu kekurangan pekerja disebabkan pandemik COVID-19, kini beberapa restoran mamak dalam negara sudah mula ‘melantik’ robot sebagai pelayan.

robot kini ambil alih tugas pelayan di restoran mamak

Menurut laporan, penggunaan robot sebagai pelayan dilihat sebagai solusi terbaik bagi menangani krisis berkenaan kekurangan pekerja khasnya pekerja warga asing, sekaligus mampu memulihkan perniagaan yang terkesan akibat wabak itu.

 

Rata-rata pelanggan menyambut baik inisiatif penggunaan robot yang disifatkan mampu mengekang jangkitan COVID-19 serta penularan varian Omicron yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

 

Antara restoran mamak yang sudah menggunakan robot sebagai pelayan adalah Q Bistro.

 

Menurut pengurus operasinya, Mohd Ubaidah Abdul Karim berkata mereka kini mempunyai tiga robot pelayan dengan harga RM54,000 setiap satu.

 

"Perancangan kita sebenarnya dianggap kaedah sementara untuk mengganti di saat kami kekurangan pekerja dan pada masa sama juga sebenarnya permintaan terhadap robot ini sangat tinggi.

"Harganya boleh dikatakan agak mahal hingga mampu mencecah RM54,000 bagi setiap satu robot namun meskipun begitu ianya juga sangat baik bagi jangka masa panjang kerana mampu menjimatkan dari segi kos operasi," katanya.

 

Robot pelayan itu berfungsi sebagai penghantar makanan dan minuman dimana pekerja di dapur hanya perlu memasukkan nombor meja pada paparan muka robot berkenaan dan ia akan terus membawa pesanan kepada pelanggan.

 

Selain orang dewasa, golongan kanak-kanak pasti teruja melihat robot ini ketika berada di restoran.

 

Sumber: [1]