“Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa,” Kata-Kata Angeline Tan Buat Ramai Sebak

Pelakon, Ardini Angeline Tan baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila selamat menjadi isteri kepada pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus.

majlis resepsi sabri yunus & angeline tan diadakan meriah di astro radio [video]

Pasangan sejoli ini juga telah selamat diraikan dalam majlis resepsi di Astro Radio, anjuran GEGAR, pada 17 Oktober.

“allah tak pernah aibkan sesiapa,” kata-kata angeline tan buat ramai sebak

Baca: Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Diadakan Meriah di Astro Radio [Video]

 

Dalam pada itu, pelakon yang membawa watak Lucy dalam sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah berkongsi kata-kata yang sangat menyentuh jiwa, ketika menjadi tetamu jemputan segmen SINAR Solo bersama Dina Nadzir.

 

Sambil memeluk Dina, Angeline Tan berkata beliau tidak menduga jodohnya akan tiba pada usianya 56 tahun.

 

“I doa for you okay. Doa for you on the very best your jodoh will come one day also.

“I didn’t expect at the age of 56, I get all this thing.

“I thank Allah for all this. Allah tak pernah abaikan sesiapa, that’s what I think,” demikian antara kata-kata yang disebut beliau.

“allah tak pernah abaikan sesiapa,” kata-kata angeline tan buat ramai sebak

 

@sinar_my MasyaAllah kata-kata Angeline Tan atau Ardini yang sangat menyentuh jiwa. “Allah tak akan abaikan sesiapa” #SINARKongsi #SINARSolo ♬ suara asli - Sad.Musikk_

 

Nyata, perkongsian menerusi Tiktok @sinar_my itu telah meruntun hati ramai warganet yang rata-rata turut mengalirkan air mata selepas mendengar kata-kata yang disebut Ardini.

“allah tak pernah aibkan sesiapa,” kata-kata angeline tan buat ramai sebak

Sumber: Tiktok