Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dilihat mengalirkan air mata kerana terpaksa meninggalkan Malaysia.
Leona yang juga seorang influencer di media sosial menangis teresak-esak kerana berat hati untuk memulakan kehidupan baharu bagi menyambung pelajaran di luar negara.
"Saya sangat sedih sebab saya akan tinggalkan Malaysia hari ini untuk sambung belajar. Dari tadi saya tidak berhenti menangis.
"Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya," katanya.
Tambahnya lagi, meskipun tinggal beberapa jam sebelum menaiki penerbangan ke luar negara, beliau masih belum mengemas pakaian dan keperluannya.
Dalam perkembangan lain, Leona turut memaklumkan hubungannya bersama teman lelakinya bernama Ryan turut berakhir beberapa bulan lalu. Pun begitu, bekas kekasihnya dilihat sempat menghantar Leona di lapangan terbang dan ia nyata mencuri perhatian warganet.
Dengan tidak menafikan akan merindui bekas kekasihnya itu, Leona menyeru agar orang ramai berhenti untuk bertanya mengenai Ryan lagi kepada dirinya.
"Kami sudah berpisah sejak sebulan yang lalu. Jadi, tolong berhenti bertanya mengenai dia," katanya.
Sumber: Tiktok https://www.tiktok.com/@leonsmeonss