Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia Terus Meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 untuk seluruh negara terus meningkat kepada 1.14.

 

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang disebut sebagai Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes harian seluruh negara adalah pada 1.14 (14 April), berbanding hari sebelumnya 1.09 (13 April), 1.07 (12 April) dan 1.06 (11 April).

kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat

Bagi pecahan mengikut negeri pula, Terengganu mencatatkan bacaan Ro/Rt tertinggi iaitu 1.30, diikuti Kelantan (1.27), dan Putrajaya (1.26). Perician untuk negeri-negeri lain adalah seperti berikut:

kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat

kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat

Selain itu, terdapat 1,889 lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada 14 April, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 365,829 kes.

 

Sumber: KKM