Kadar Katil COVID-19 Di ICU Kini Cecah 104% - KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar penggunaan katil COVID-19 di ICU kini mencecah lebih 104%.

kadar katil covid-19 di icu kini cecah 104% - kp kesihatan

Peratusan itu dicatatkan pada 6 Jun lalu selepas ia meningkat daripada 96% pada 24 Mei yang lalu.

 

Menurutnya, kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100% ini amat membimbangkan kerana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

 

Tambahnya lagi, hospital-hospital di seluruh negara kini sedang berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius iaitu kategori 4 dan 5, yang memerlukan bantuan oksigen dan bantuan alat pernafasan khususnya dalam kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit.

 

Pesakit-pesakit ini katanya memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19. Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari.

 

Sumber: KP Kesihatan