Jumlah Keseluruhan Jangkitan COVID-19 Di Malaysia Kini Dah Lebih 900 Ribu

Setakat 17 Julai 2021, sebanyak 12,528 lagi kes baharu dicatatkan di Malaysia dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini melebihi 900 ribu kes, iaitu sebanyak 905,851 kes.

 

Berikut pula adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,629 kes (779,171 kes kumulatif, 86.0%);
  • Kes baharu : 12,528  kes (905,851 kes kumulatif);
  • Kes import : 19 kes (13 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,509 kes [9,848 warganegara (78.7%);  2,661 bukan warganegara (21.3%)];
  • Kes aktif : 119,814 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 908 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 425 kes;
  • Kes kematian : 138 kes (6,866 kes kumulatif, 0.76%; 128 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,233 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,327 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 906 kluster.

 

Daripada 12,528 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 6,840 kes (54.6 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 5,468 kes (43.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), 112 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 44 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), dan 64 kes (0.5 peratus) kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan). Keseluruhannya, 98.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 1 dan 2.

jumlah keseluruhan jangkitan covid-19 di malaysia kini dah lebih 900 ribu

Sebanyak 138 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 46 kes di Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh (7) kes di Kedah, empat (4) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Terengganu, dan satu (1) kes di Sabah.

jumlah keseluruhan jangkitan covid-19 di malaysia kini dah lebih 900 ribu

Sumber: KKM