Lebih 20 Ribu Kes Baru Positif COVID-19, Jumlah Keseluruhan Kini 1.2 Juta

Malaysia sekali lagi mencatatkan angka kes baru positif COVID-19 tertinggi pada 5 Ogos 2021, iaitu mencecah angka 20 ribu sebanyak 20,596 kes.

 

Pertambahan bilangan kes positif ini telah melonjakkan lagi bilangan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kepada 1,203,706 kes sejak dari bermulanya pandemik di negara ini.

 

Daripada 20,596 kes tersebut, sebanyak 398 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,198 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, hanya 4,660 kes (22.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

lebih 20 ribu kes baru positif covid-19, jumlah keseluruhan kini 1.2 juta

Terdapat 164 lagi kes kematian dilaporkan pada 5 Ogos, dimana 45 kes di Selangor, 27 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, 10 kes di Perak,  masing-masing sembilan (9) kes  di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing dua (2) kes  di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes  di Kelantan dan Terengganu.

 

Perincian status terkini COVID-19 di Malaysia pada 5 Ogos adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh : 13,893 kes (976,626 kes kumulatif, 81.1%);
  • Kes baharu : 20,596 kes (1,203,706 kes kumulatif);
  • Kes import : 34 kes (7 warganegara, 27 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,562 kes [17,021 warganegara (82.8%);  3,541 bukan warganegara (17.2%)];
  • Kes aktif : 217,061 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,078 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 549 kes;
  • Kes kematian : 164 kes (10,019 kes kumulatif, 0.83%; 150 warganegara, 14 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,829 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 33 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,652 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,177 kluster.

 

Tambah KKM lagi, berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sumber: KKM