Setakat Ini Sudah Ada 83 Kluster Pendidikan Dengan 4,868 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan dari 1 Januari 2021 sehingga 20 April 2021, sebanyak 83 kluster COVID-19 dengan jumlah 4,868 kes melibatkan Sektor Pendidikan telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM.

setakat ini sudah ada 83 kluster pendidikan dengan 4,868 kes

Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif dan 34 kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

 

Daripada jumlah kluster tersebut juga, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori Sekolah/ Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Tinggi dan 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Lain.

 

KKM dalam pada itu menyambut baik komitmen semua Sektor Pendidikan dalam memastikan para pelajar dan pelatih tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan latihan secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Maka, KKM telah mengingatkan semua pihak untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani penularan COVID-19.

setakat ini sudah ada 83 kluster pendidikan dengan 4,868 kes

Tambah lagi, antara langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil oleh semua pihak dalam Sektor Pendidikan adalah seperti berikut:

 

1. Pemakaian pelitup muka pada setiap masa;

2. Memastikan penjarakan fizikal diamalkan;

3. Sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta menjaga kebersihan persekitaran sekolah;

4. Jalankan saringan suhu dan gejala di pintu masuk sekolah dan premis.

 

Sumber: KKM