“Takkan Luar Pakai Tudung Bila Berlakon Buka Pula,” Julia Farhana Terkejut

Pelakon, Julia Farhana Marin, 28, akui terkejut apabila dirinya disangka sebagai rakan pelakon, Wanna Ali, ketika menaiki sebuah kenderaan awam, baru-baru ini.

sejak bertudung, julia farhana akui tak selesa lakon babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki

Beliau berkongsi situasi tersebut secara ringkas apabila pemandu kenderaan awam tersebut menyapa dan memanggil dirinya dengan nama Wanna.

 

Tidak melatah dengan panggilan itu, Julia menerangkan bahawa dirinya dengan Wanna Ali adalah dua individu berbeza dan ia dapat dilihat menerusi bentuk dan rupa paras mereka.

 

“Ya Tuhan, anda serius? Itu Wanna Ali.

“Takkanlah saya di luar memakai tudung tetapi apabila berlakon, buka pula. Tak masuk akal, aiyo.

“Secara peribadi dan sejujurnya, boleh dilihat bahawa saya dan Wanna sangat berbeza.

“Bagaimana boleh ada yang tersilap,” ujarnya.

 

sejak bertudung, julia farhana akui tak selesa lakon babak pegang-pegang dengan pelakon lelakiDalam perkembangan lain, pelakon, Wanna Ali mendedahkan beliau elak untuk melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, khasnya suami orang, kerana enggan melukakan hati sesiapa.

wanna ali mengaku tak boleh menyanyi secara live depan penonton

Baca: Enggan Lukakan Hati Sesiapa, Wanna Ali Elak Lakon Babak Sentuh Suami Orang

 

Sumber: Kosmo!