Sejak Bertudung, Julia Farhana Akui Tak Selesa Lakon Babak Pegang-Pegang Dengan Pelakon Lelaki

Pelakon, Julia Farhana Marin, 28, akui tidak berasa selesa untuk melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki lain walaupun berlapik, sejak beliau tampil dengan imej berhijab dan juga sejak mendirikan rumah tangga.

sejak bertudung, julia farhana akui tak selesa lakon babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki

Menurut Julia, sejak mengenakan tudung kira-kira tujuh tahun lalu, beliau banyak menerima tawaran berlakon untuk platform OTT, namun terpaksa menolak beberapa tawaran kerana tidak sesuai dengan penampilan baharunya sekarang.

 

"Namun, saya terpaksa menolaknya kerana rata-rata watak ditawarkan untuk platform OTT ini tidak sesuai dengan penampilan baru saya sekarang.

"Antara watak yang ditawarkan seperti seorang yang banyak bersosial dan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki," katanya.

sejak bertudung, julia farhana akui tak selesa lakon babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki

Tambah Julia, penerbit dan pengarah juga faham dengan penampilan dan imej baharunya itu.

 

"Pengarah juga boleh terima syarat saya untuk tiada babak bersentuhan tetapi mereka tidak boleh menukar skrip terbabit.

"Cerita komedi romantik memang tak boleh nak elak ada babak bersentuhan seperti berpelukan. Apapun, pengarah juga beritahu bila ada watak lebih sesuai dengan penampilan saya, mereka akan hubungi saya nanti," katanya.

 

Ujar Julia, beliau akur banyak terlepas pandang dengan babak pegang-pegang atau peluk dengan pelakon lelaki apabila mendapat skrip semasa sebelum tampil berhijab dahulu.

 

Namun sekarang, Julia berkata beliau akui tidak berasa selesa dengan babak seperti itu meskipun berlapik.

 

"Tapi sekarang, saya sendiri perasan perkara itu dan akui berasa tidak selesa dengan babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki walaupun ada berlapik bila sudah bertudung dan berumah tangga," katanya.

sejak bertudung, julia farhana akui tak selesa lakon babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki

Malah, katanya dia juga tidak berasa menyesal menolak beberapa tawaran berlakon disebabkan pendiriannya itu.

 

"Saya akui bukan mudah untuk istiqamah bila bertudung pada usia muda dan bergelar selebriti. Namun, saya tidak pernah menyesal kerana tahu niat sebenar pakai tudung kerana Allah SWT," katanya.

 

Sumber: HMetro