Jual Petrol RON 95 Kepada Kenderaan Plat Asing Akan Kena Tindakan Tegas!

Mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan yang bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas.

jual petrol ron 95 kepada kenderaan plat asing akan kena tindakan tegas!

Demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, susulan penularan beberapa foto yang menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran negara jiran masuk ke Malaysia dan membeli petrol RON 95.

.

"Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand supaya mempergiat pemantauan dan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974)," katanya.

.

Jika didapati bersalah, penalti tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali terhadap individu manakala syarikat atau perbadanan pula berdepan dengan denda tidak lebih RM2 juta.

.

KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi.

.

Sumber: [1]