Isu Nombor Plat QPA1, JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Suami Fatin Afeefa

Susulan daripada isu penggunaan nombor pendaftaran QPA1 yang bukan didaftarkan atas kereta jenis McLaren, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Alif Awang, kini diburu pihak berkuasa.

isu nombor plat qpa1, jpj minta bantuan polis kesan suami fatin afeefa

Alif atau lebih dikenali sebagai Opai, kini diburu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mendakwa lelaki itu masih belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.

 

Ekoran daripada itu, JPJ akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai untuk siasatan lanjut.

 

"Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

"Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," kata Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang.

 

Tambah beliau lagi, tindakan mengabaikan notis temu siasat itu dilihat sebagai mencabar JPJ.

 

Sumber: HMetro