Kini Dibuka Secara Rasmi, Ini Senarai Harga Menu Jollibee Malaysia

Jika anda pernah ke Filipina dan merasai sendiri keenakan ayam goreng Jollibee, kini anda boleh menikmatinya di Malaysia!

kini dibuka secara rasmi, ini senarai harga menu jollibee malaysia

Jollibee Malaysia secara rasmi telah membuka cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid, di aras LG2, bersebelahan dengan Seoul Garden.

kini dibuka secara rasmi, ini senarai harga menu jollibee malaysia

Ayam goreng signature Jollibee iaitu Chickenjoy bersama Jolly Spaghetti adalah antara menu wajib order apabila anda menikmati hidangan di restoran ini nanti.

 

Terdapat dua versi perasa ayam iaitu pedas dan original, dan setiap set ayam goreng Chickenjoy akan hadir dengan satu sos gravy untuk dicicah dengan ayam. Memang lazat!

 

Harga yang ditawarkan Jollibee pula adalah sangat berpatutan dan setanding dengan restoran makanan segera yang lain. Semak harganya di sini:

kini dibuka secara rasmi, ini senarai harga menu jollibee malaysia

kini dibuka secara rasmi, ini senarai harga menu jollibee malaysia

kini dibuka secara rasmi, ini senarai harga menu jollibee malaysia

Jollibee di Sunway Pyramid akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 2022 dan anda boleh ke aras LG2, bersebelahan dengan Seoul Garden. Semak sahaja dengan kaunter pertanyaan jika anda tidak menjumpai lokasi Jollibee di Sunway Pyramid ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok)

 

Selain di Sunway Pyramid, Jollibee juga pernah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2018.