Tiga Hos Gamatkan Pentas GegarVaganza Musim Ke-10, “Jihan Muse Is Back!”

Gegar Vaganza (GV) kini kembali untuk musim ke-10 dengan membuat kejutan awal, iaitu membawa semula pengacara dan hos yang cukup sinonim dengan GV iaitu Jihan Muse.

tiga hos gamatkan pentas gegarvaganza musim ke-10, “jihan muse is back!”

Jihan yang sebelum ini berehat sebentar telah kembali menghangarkan pentas GV10 bersama dua rakan hos iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

 

Kemunculan semula Jihan telah menggamatkan Auditorium MBSA, Shah Alam, saat Nabil dan Elly saling berbalas pickcup line.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

GV10 yang menampilkan kembali semua sembilan juara GV sebelum ini disifatkan sebagai musim paling hangat dan juga luar biasa. Kesemua sembilan juara GV bakal merebut gelaran ‘yang paling juara’ dalam kalangan mereka.

 

Semua sembilan peserta itu adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hardy Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jacklyn Victor (GV9).

 

Bukan hanya sembilan peserta yang bertanding di pentas GV10, malah peserta yang diserap menerusi hot seat juga bakal membuat All Stars GV menjadi lebih hangat.

 

Juri GV masih dibarisi ketua juri, Dato Ramli MS serta didampingi Datuk Syafinaz dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Pemarkahan adalah 100% oleh juri profesional dan peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan.

 

Sumber: Gempak