Baru-baru ini, tular satu adegan dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2022 bila mana Jep telah disuap oleh tetamu jemputannya iaitu Erra Fazira.
Jep yang memegang watak Haris berpeluang bercinta dengan primadona filem Melayu itu, sehingga menjadi trending di media sosial. Malah, Jep turut tampil dengan pickupline kononnya ingin berbini dua.
Terhibur melihat telatah Jep, isterinya Sari Yanti dilihat tampil menyediakan resipi bubur di laman Tiktok @sariyantimn. Menariknya, bubur nasi itu disediakan dengan menggunakan segenggam cili api.
Pasangan suami isteri ini turut melakonkan semula babak berkenaan sambil Sari Yanti menyuap bubur itu kepada suaminya. Jep terlihat pasrah sambil mengalirkan air mata apabila disuap Sari Yanti, seakan redha dengan ‘hukuman’ yang diberikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Jep ketika direspon sebegitu oleh isterinya. Ada juga yang mengusik pelawak itu untuk mengulang lagi kelakuannya setelah tahu akibat yang akan dihadapi.
Sumber: Tiktok