Jasmine Suraya Dedah Pernah Dimaki Sebab Tak Fasih Berbahasa Melayu [Video]

Pelakon, Jasmine Suraya mendedahkan pengalaman pahitnya ketika baru menapak dalam industri hiburan tanah air.

jasmine suraya dedah pernah dimaki sebab tak fasih berbahasa melayu [video]

Menurut pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, beliau akui pernah dimaki dan dimarahi di set penggambaran hanya kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu.

 

Tambah aktres kelahiran Kuching, Sarawak ini lagi, pengalaman pahit itu berlaku ketika dia baru menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai pelakon tambahan dan baginya ketika itu situasi amat mencabar.

 

“Saya kena maki dekat set, pernah orang ‘racist’ dekat saya,” kata Jasmine.

 

@studiosembang ha see, susah macam mana pun kalau nak belajar bahasa ibunda kita boleh je geng. nak atau tak je. sampai bila kita nak rasa tak perlu utk belajar bahasa kita sendiri? dimana ada kemahuan disitu ada jalan 😉 #jomsembang dengan @jasmine_suraya kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts ! #studiosembang ♬ original sound - Studio Sembang

 

Disebabkan pengalaman pahit itu, Jasmine akui beliau akan berasa gagap dan gementar setiap kali penggambaran bermula. Namun itu semua berjaya diatasi beliau dan kini telah membintangi banyak filem dan drama berbahasa Melayu.

jasmine suraya dedah pernah dimaki sebab tak fasih berbahasa melayu [video]

Sumber: Tiktok