Pelakon, Janna Nick meluahkan rasa kurang senang apabila membaca pengakuan dibuat influencer media sosial, Alif Teega, yang mengaku sudah berkahwin dua, Ahad lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 28, beliau pasti berita itu akan menjentik hati mana-mana wanita, terutamanya mereka yang sudah bergelar isteri.
“Saya tengah tengok Tiktok dan berita yang membuatkan saya beremosi sebagai seorang isteri.
“Semua wanita akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami, semua akan terasa.
“Apa pun itu kehidupan orang, kita tak tahu apa yang berlaku dan saya tak mahu ganggu kehidupan dan perkahwinan orang lain.
“Kalau sebelum kahwin, saya tak kisah. Tapi lepas bergelar isteri, saya turut terkesan tapi bukan bermaksud saya nak menyibuk hal rumah tangga orang,” kata Janna.
Dalam pada itu, Janna turut berkata andai suaminya, Dini Schatzman sudah tidak menyayanginya nanti, dia berharap agar suaminya itu tidak berlaku curang dibelakangnya dan meminta beliau agar berterus terang.
“Jika suatu hari nanti awak sudah tiada perasaan, tidak sayang saya lagi, jangan curang di belakang saya. Itu paling saya tak boleh terima.
“Kalau berani, datang menghadap saya,” katanya lagi.
Sumber: Tiktok / mStar