Janna Nick Jadi Ikon Ekspresi Seni, Sebaris Aktor dan Aktres Hebat Negara

Pelakon, Janna Nick baru-baru ini telah menerima anugerah daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai Ikon Ekspresi Seni.

janna nick jadi ikon ekspresi seni, sebaris aktor dan aktres hebat negara

Janna berkata anugerah yang diterima itu akan dijadikan sebagai penyuntik semangat untuknya dalam terus berkarya menghasilkan banyak lagi naskhah berkualiti.

 

Pemilihan Janna Nick meletakkannya sebaris dengan 12 lagi penerima lain yang terdiri daripada aktor dan aktres hebat negara.

 

“Sejujurnya saya terharu dapat berada sebaris dengan nama besar dalam industri seni seperti seniwati Fauziah Nawi dan primadona alaf baharu, Erra Fazira yang bukan calang-calang figura.

“Sudah tentu pengiktirafan sebegini bukan sesuatu yang datang tanpa sebarang usaha, sebaliknya membuktikan kepercayaan pihak berkaitan terhadap kesungguhan kita memartabatkan industri seni.

“Bagi saya anugerah ini penghargaan yang cukup besar sekali gus mendorong anak seni serta karyawan seperti saya melipatgandakan usaha tampil bersama produk terbaik,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

Janna yang juga pemilik Janna Nick Studios berharap lebih ramai penggiat seni dapat menerima anugerah seperti ini dalam terus memperkasa industri seni tanah air.

 

Selain Janna, Syamsul Yusof, A. Aida, Datuk Adi Putra dan Adrian Teh turut menerima anugerah ini dalam majlis berkenaan.

 

Sumber: Kosmo!