Janna Nick Akui Tak Gemar Kongsi Foto & Video ‘Sweet’ Dengan Suami di Media Sosial

Media sosial merupakan platform yang membolehkan seseorang itu berkongsi pelbagai perkara. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunjuk-nunjuk kerana dikhuatiri tumbul perasaan hasad dengki yang menyebabkan terjadinya penyakit ‘Ain.

 

Pasangan selebriti, Janna Nick dan suami, Dini Schatzmann baru-baru ini mengakui bahawa mereka sebenarnya tidak lagi gemar terlalu berkongsi kemesraan di media sosial demi mengelakkan penyakit ‘Ain dan mata-mata jahat.

janna nick akui seronok dibahagiakan suami, “bangun pagi ada orang kemaskan katil”

Menurut Janna, video mesra bersama suaminya di Instagram adalah atas tujuan kerja semata-mata dan tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.

 

“Yang mana korang tengok video ‘sweet’ itu semua video berbayar. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya tak nak kongsi sebab takut dengan ‘evil eyes’.

“Takut nak tunjukkan benda yang terlalu ‘sweet’, tapi itu permintaan pelanggan, jadi kena tunaikan.

“Ikutkan saya tak nak kongsi dan mengikuti Dini pun dalam IG,” ujarnya.

 

Janna menambah, demi mengelakkan sebarang kontroversi di masa hadapan, mereka dari awal tidak mahu mengikuti satu sama lain di IG.

janna nick akui tak gemar kongsi foto & video ‘sweet’ dengan suami di media sosial

“Nak elakkan perkara macam itulah, jadi lebih baik kami tak mengikuti masing-masing daripada sekarang.

“Daripada nanti orang pertikaikan kenapa dulu ‘follow’, sekarang tak, jadi awal-awal saya bagi tahu memang tak mengikuti suami dalam IG,” katanya.

 

Dalam pada itu, Janna tidak menafikan rumah tangga mereka juga ada menerima ujian sama seperti pasangan lain, cuma ia tidak dikongsikan kepada umum.

 

“Saya memang tak ada niat apa-apa, kalau boleh nak elakkan. Bila muatnaik terlalu banyak video dan gambar berdua, kalau boleh nak elak penyakit ain.

“Kalau tengok kandungan dimuatnaik itu ‘it is not the real us’. Dari segi ‘clingy’, itu iya kami berdua tapi nak kata happy sangat-sangat tak lah.

“Dalam rumah tangga ada pasang surut, jadi apa yang kami kongsi itu janganlah dengki.

“Kita sama manusia biasa. Ada masa kami bergaduh, tak bercakap cuma tak rekodlah,” tambahnya lagi.

 

Untuk info, Janna dan Dini sah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu dalam satu majlis yang diadakan di Langkawi. Dengan sekali lafaz, Dini juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,703 kepada Janna berserta seutas rantai emas.

 

Sumber: Murai