Selepas lebih 10 hari menjadi isteri, pelakon, Janna Nick akui kini sedang menjalani kehidupan berumahtangga yang bahagia dan indah.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 28, kehidupannya sedikit berumah selepas bersama Dini Schatzman, 29, kerana suaminya itu adalah seorang pembersih dan rajin melakukan kerja rumah.
“Alhamdulillah, seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan stres tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.
“Apa yang best, bila bangun tidur ada orang kemaskan katil. Tu paling seronok bagi saya.
“Sebelum kahwin, saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tapi bila tinggal sekali, ya memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu.
“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil, tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dahulu,” kata Janna kepada Gempak.
Menurut Dini Schatzman pula, beliau juga akui seronok menjalani kehidupan bersama wanita yang disayanginya sejak empat tahun lalu ini.
“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun ada bersama dia. Apa yang penting, boleh buat semua perkara bersama lah.
“Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin iaitu mee sanggul. Sangat sedap.
“Lepas kahwin ni, tak banyak perkara berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tak pernah sorok akan sikap dirinya dari awal perkenalan hingga kini, jadi mudah,” ujar Dini.
Sumber: Astro Gempak