Janna Nick Stress Masih Belum Hamil Lepas 9 Bulan Kahwin

Pelakon, Janna Nick meluahkan rasa sedih kerana masih belum dikurniakan rezeki anak selepas hampir setahun berkahwin.

janna nick stress masih belum hamil lepas 9 bulan kahwin

Menerusi video di Tiktok, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 29, berkata beliau sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat, namun akur dirinya masih belum diberi kesempatan untuk hamil.

 

“Terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi dan saya lakukan ujian kehamilan. Buat ujian itu ketika suami tidur, jadi dia tak nampak saya stres.

“Rasa gementar setiap kali nak lihat keputusan kerana mengharapkan dapat dua garis, jadi boleh buat kejutan kepada Dini.

“Baru nampak keputusan (satu garisan) terus rasa pelik sebab sudah cuba pelbagai cara. Kena paksa diri untuk terima hakikat bahawa belum ada rezeki,” katanya.

 

Video itu dikongsikan Janna bagi menjawab soalan daripada pengikutnya yang menyangka dia kini sedang berbadan dua.

 

@jannanickofficial Replying to @user9317614082996 ♬ Buah Hati - Armada

 

Malah, Janna turut sanggup melupakan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna selain mengambil beberapa produk makanan demi mendapatkan cahaya mata.

janna nick stress masih belum hamil lepas 9 bulan kahwin

“Saya sudah masuk fasa psiko! Jawapan bagi soalan berisi ialah kerana tidak aktif bergerak sebab takut tak ‘lekat’.

“Korban segala aktiviti yang saya suka macam yoga, sauna, senaman berat, kerja berlebihan sebab nak membolehkan badan saya berehat.

“Saya juga makan segala jenis suplemen sehingga muka naik jerawat besar. Mula ‘psiko’ apabila setiap bulan semua benda saya rasa seperti simptom mengandung,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun beliau akui proses kehamilan bukanlah mudah dan berdoa agar semua wanita yang sedang berjuang untuk mendapatkan cahaya mata agar tidak berputus asa.

 

Terdahulu, Janna Nick dan Dini Shatczmann mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah.

 

Sumber: Tiktok