Baru-baru ini, pelakon Janna Nick telah bertindak memberi komen pada satu hantaran Instagram milik Baby Shima.
Komen itu ditulis selepas Baby Shima dilihat berkongsi video menggunakan filter “I Stand with Israel”, meskipun sebenarnya niat asal beliau mahu menunjukkan rasa benci terhadap rejim zionis itu dengan caranya tersendiri.
Bagaimanapun, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, berkata, sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaiknya janganlah menggunakan isu sensitif demi meraih perhatian ramai.
“Saya tak suka dikaitkan dengan orang yang suka mengambil peluang untuk membuat kontroversi menggunakan isu sensitif dan mengaitkan orang lain.
“Macam saya, kalau nak buat kontroversi saya guna nama saya sendiri sahaja. Saya tak akan mengajak satu Malaysia untuk kecam orang lain,” demikian menurut Janna.
Terdahulu, Baby Shima telah dikecam gara-gara memuatnaik video menggunakan filter “I Stand with Israel”, meskipun pada akhir video itu Baby Shima menumbuk dan memijak bendera Israel tanda protes.
Turut sama mengecam Baby Shima adalah Janna Nick yang dilihat menegur penyanyi itu menerusi ruangan komen.
Sumber: Mstar