Dengan Sekali Lafaz, Janna Nick Kini Sah Isteri Dini Schatzmann

Selepas berteka-teki, akhirnya pelakon dan penyanyi, Janna Nick, 28, kini sah menjadi isteri kepada aktor, Dini Schatzmann, 29, dalam satu majlis pernikahan yang dilangsungkan awal pagi tadi, 10 Jun 2023.

dengan sekali lafaz, janna nick kini sah isteri dini schatzmann

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri iaitu En. Muner bin Abdullah.

 

Dengan sekali lafaz, Dini juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,703 kepada Janna berserta seutas rantai emas. Majlis dihadiri keluarga, rakan selebriti dan sahabat terdekat.

dengan sekali lafaz, janna nick kini sah isteri dini schatzmann

Jumlah mas kahwin itu juga adalah simbolik kepada tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019.

 

Alhamdulillah, dan tahniah Janna-Dini!

dengan sekali lafaz, janna nick kini sah isteri dini schatzmann

 

 

 

Sumber: Hlive