Janna Nick Dedah Selalu Dengar Bisikan Suara Menakutkan, “Saya Penat..”

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mendedahkan beliau sering terdengar bisikan suara menakutkan, termasuklah cubaan membunuh.

janna nick dedah selalu dengar bisikan suara menakutkan, “saya penat..”

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, 28, berkata demikian selepas tidak tahan mendengar beberapa suara memintanya melakukan pelbagai perkara.

 

Katanya, serangan yang dialaminya baru-baru ini adalah paling teruk sejak dia disahkan mengalami gangguan bipolar dua tahun lalu.

 

"Saya jalani penggambaran seperti biasa tapi balik lewat setiap hari sekitar pukul 7 atau 8 pagi. Ada hari saya tidur pukul 2 petang, jadi waktu tidur saya bercelaru. Mungkin otak saya tak boleh terima.

"Nak tidur enam jam tapi otak saya berperang. Dia (otak) paksa saya saya fikir benda-benda kritikal. Buat saya fikir macam mana nak bunuh orang, sorok mayat, lari daripada polis. Saya penat dan tak suka.

"Apabila bangun, saya fikir macam mana solar sistem berfungsi, macam mana elektrik berfungsi. Suara-suara itu sangat bising, cakap macam-macam sampai saya rasa benci dengan otak saya," katanya.

 

Bagaimanapun Janna mengakui berasa lega selepas meluahkan perkara itu kepada pengikut laman sosialnya.

 

Malah, Janna turut menitipkan pesanan kepada semua agar jangan memandang ringan isu kesihatan mental.

 

Terdahulu, Janna Nick mendedahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan pernah cuba membunuh dirinya ketika berusia 14 dan 15 tahun. Beliau bagaimanapun mendapatkan bantuan pakar dan mengambil ubat anti kemurungan serta menjalani gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko serangan.

 

@drwanshare Apa hal dengan janna nick ni? Sampai menangis teruk dalam live… Apa itu penyakit bipolar disorder? Semoga semua baik2 saja buat janna nick sekeluarga, aamiin… #shouldbeme #dr1share #tiktokguru #bipolar ♬ original sound - DR1 SHARE

 

 

@user191981811325261 #bipolar #mentalhealth #mentalillness ♬ Sub to YouTube John Michael Howell - JohnMichael howell

 

Sumber: Tiktok