“Don’t Kiss Orang Lain Punya Baby..” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak orang lain sesuka hati bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.

“don’t kiss orang lain punya baby..” – neelofa

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan perkara itu harus dijadikan perhatian demi kesihatan bayi tersebut.

 

Memetik hantaran di Instagram Story @neelofa, beliau meluahkan rasa tidak selesa apabila melihat orang luar memegang pipi anaknya, apatah lagi jika bayi itu dicium individu lain.

 

“Don’t kiss orang lain punya baby, kiss anak sendiri boleh. Ok?

“Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil. Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni dah rasa tak boleh nafas, apa lagi kalau kiss.

“Ummi bilal ni jerit tak berlagu kot,” ujar Neelofa.

“don’t kiss orang lain punya baby..” – neelofa

Neelofa turut berkongsi video mengenai sebab orang ramai tidak memegang bayi milik orang lain sesuka hati, termasuk jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang boleh menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.

 

Sumber: Kosmo!