PKPD: Jangan Bimbang Lalu Roadblock Untuk Ambil Vaksin

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai.

pkpd: jangan bimbang lalu roadblock untuk ambil vaksin

Justeru, sekatan oleh polis dan tentera di semua laluan kawasan PKPD akan dilakukan dan semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing, kecuali seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

 

Bagaimanapun, bagi pergerakan  merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal, ia adalah dibenarkan.

 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), individu yang melalui sekatan jalanraya ini hanya perlu menunjukkan maklumat janji temu atau pengesahan di MySejahtera jika diminta pihak berkuasa.

pkpd: jangan bimbang lalu roadblock untuk ambil vaksin

Bagi maklumat terperinci berkaitan SOP yang lain, boleh rujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara.

 

Sumber: JKJAV