Jadual Penuh Peperiksaan SPM, STAM, UBPA 2021 Kini Boleh Disemak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual penuh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.

jadual penuh peperiksaan spm, stam, ubpa 2021 kini boleh disemak

Jadual waktu peperiksaan itu boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my bermula semalam, 17 November 2021.

 

KPM dalam satu kenyataan mengingatkan calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan itu bagi memaklumkan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

 

Tambah KPM lagi, calon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dimuat naik di https://www.moe.gov.my/ bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

 

Berikut adalah pautan jadual waktu peperiksaan bagi ketiga-tiga kumpulan calon pelajar:

#1 Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021

#2 Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021

#3 Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021

#4 Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021

 

Sumber: [1]