Dipujuk Sertai GV9 Banyak Kali, Jaclyn Victor Akhirnya Setuju Kerana Sebab Ini…

Penyanyi wanita ternama, Jaclyn Victor mengaku dirinya dipujuk beberapa kali oleh pihak Astro untuk menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim yang kesembilan (GV9).

dipujuk sertai gv9 banyak kali, jaclyn victor akhirnya setuju kerana sebab ini…

Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu “Gemilang” itu berkata dakwaan yang mengatakan dia hanya menerima tawaran tersebut selepas dijanjikan trofi juara oleh pihak produksi adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Jaclyn, dia berkeputusan menerima tawaran terbabit pada saat akhir selepas diberikan kebebasan oleh pihak produksi untuk mempamerkan bakatnya sebagai penyanyi.

“Bila dengar penjelasan terperinci mengenai GV9 ini, saya tanpa fikir panjang terus setuju untuk turut serta sebagai peserta.

“Mereka kata GV9 pentas bebas untuk saya lakukan apa saja, nak serlahkan kreativiti dan kebolehan semuanya boleh dan tidak terikat.

“Jadi bila dah dijanjikan sebegitu, saya pun okey dan terima pelawaan mereka itu. Mungkin GV9 ini jadi pentas untuk saya kembali aktif berkarya,” ujarnya.

Dalam pada itu, antara peserta lain yang turut sama akan berentap dalam GV9 termasuk Asheed Def Gab C, Bob Yusof, Dina, Fuad Rahman, Shila Amzah, Haida, Hazrul Nizam, Tom Fara, Tomok, Roy Kapilla, Pat Candy,  dan VE.

 

Sumber: Kosmo