Mengalir Air Mata, Izzue Islam Tak Boleh Bayang Hidupnya Kalau Isteri Tiada [Video]

Umum sedia maklum, pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam merupakan suami kepada Awin Nurin sejak tahun 2013 lagi.

mengalir air mata, izzue islam tak boleh bayang hidupnya kalau isteri tiada [video]

Pasangan ini sering dijadikan contoh buat ramai pihak kerana kekal setia biarpun masih belum dikurniakan rezeki anak.

 

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, beliau akui isterinya itu merupakan individu yang banyak berjasa sepanjang kerjaya seni beliau selama ini.

mengalir air mata, izzue islam tak boleh bayang hidupnya kalau isteri tiada [video]

Malah, beliau merasakan dirinya mungkin tidak dikenali ramai jika bukan kerana bantuan isterinya itu yang juga merupakan pengurusnya.

 

Menerusi bual bicara Podcast Hitam Putih Kehidupan, Izzue turut berkata beliau dan isteri sudah berjanji akan bersama hingga akhir hayat dan tidak dapat membayangkan kehidupannya jika tiada Awin disisi.

 

Ketika disoal Rosyam Nor mengenai adakah beliau bersedia andai isterinya itu pergi dahulu, Izzue kelihatan tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.

mengalir air mata, izzue islam tak boleh bayang hidupnya kalau isteri tiada [video]

“Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti,” kata Izzue.

 

@suhanchannelofficial Kalau dia pergi dulu...😢 EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] - PART 9 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3 ♬ original sound - Suhan Channel Official

 

Tambah Izzue lagi, beliau akui pernah ‘hilang arah’ ketika sedang menjalani penggambaran kerana Awin tidak dapat mengekorinya akibat demam.

 

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya terharu melihat pengorbanan mereka suami dan isteri, malah ada yang memuji Izzue Islam sebagai lelaki yang sukar ditemui masa kini.

 

Sumber: Tiktok