Susah Percaya Lelaki Punca Isyariana Masih Single, “Saya Suka Lelaki Pendiam..”

Pelakon dan penyanyi, Isyariana Che Azmi atau lebih dikenali sebagai Isyariana mengakui sikapnya yang sukar untuk mempercayai lelaki menjadi punca kenapa dia masih kekal membujang dan takut untuk mendirikan rumah tangga.

susah percaya lelaki punca isyariana masih single, “saya suka lelaki pendiam..”

Katanya, ia juga disebabkan juga dirinya pernah dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah sebelum ini.

 

“Saya takut hendak kahwin sebab susah nak percaya lelaki. Ada hubungan cinta sebelum ini terlerai begitu sahaja sebab saya ambil masa terlalu lama dan buat pasangan bosan.

“Mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya suka untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki,” katanya kepada Kosmo!.

 

Bagaimanapun beliau menafikan sudah berasa serik untuk menjalinkan hubungan cinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

susah percaya lelaki punca isyariana masih single, “saya suka lelaki pendiam..”

Tambah Isyariana lagi, beliau tidak menolak ketentuan sekiranya dijodohkan dengan insan yang tepat, malah sering berdoa agar tidak bertemu dengan seseorang yang bukan untuk dirinya.

 

Ditanya ciri-ciri lelaki idaman, Isyariana berkata beliau mengimpikan seorang lelaki yang pendiam dan bukan dalam kalangan selebriti.

 

“Saya suka lelaki yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting sahaja, biar saya yang banyak bercakap.

“Kalau boleh nak orang biasa sahaja dan elak individu yang bergelar selebriti,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!