Tumpuan Hari Ini: Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-8 Di Istana Negara

tumpuan hari ini: majlis angkat sumpah perdana menteri ke-8 di istana negara

1 Mac 2020 bakal menjadi satu sejarah terbesar buat negara kita. Selepas episode gelora politik negara hampir seminggu, akhirnya negara kita telah mempunyai seseorang yang akan mengisi jawatan terpenting negara iaitu, Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diperkenankan YDP Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah untuk memegang jawatan tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara, Majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan pada jam 10:30 hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih oleh pihak Istana selepas beliau mungkinmemperoleh sokongan majority daripada Ahli Parlimen. Sebelum itu, ke semua 221 Ahli Parlimen (tidak termasuk Tun Mahathir) telah menghadap YDP Agong bagi menyatakan sokongan mereka terhadap mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri.

Walauapapun, selamat bertugas buat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Jemaah menteri serta Timbalan Perdana Menteri baru!