Isteri Safawi Rashid Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ Berusia Enam Bulan

Selepas hampir enam bulan berahsia, pelakon dan juga usahawan, Syifa Melvin, akhirnya berkongsi foto menunjukkan bentuk perutnya yang sedang hamil.

isteri safawi rashid akhirnya tunjuk ‘baby bump’ berusia enam bulan

Menurut pemilik nama sebenar Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 30, beliau meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT atas zuriat yang dimakbulkan-Nya.

 

“Tidak lama lagi kami yang menanti zuriat daripada Allah SWT akan mendapatkannya.

“Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa,” kata beliau yang juga isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid.

 

Syifa turut meminta orang ramai menitipkan doa buat bayi dalam kandungannya itu, sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengikutnya di Instagram.

 

“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini.
“Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Selamat hari raya Aidiladha daripada kami dua setengah (bayi dalam kandungan),” ujarnya.

 

isteri safawi rashid akhirnya tunjuk ‘baby bump’ berusia enam bulan

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)

 

Terdahulu, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah acara tertutup di Hotel Hilton.

 

Sumber: Instagram