Isteri Pertama Jurulatih Bola Sepak dan Madu Dilapor Bergaduh Di Restoran

Isteri pertama kepada jurulatih bola sepak terkenal negara dilapor bergaduh dengan madunya di sebuah restoran dekat Shah Alam, semalam.

isteri pertama jurulatih bola sepak dan madu dilapor bergaduh di restoran

Dilaporkan pergaduhan tu adalah kerana perselisihan faham dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ass. Kom. Mohd Iqbal Ibrahim.

 

Terdahulu, jurulatih itu yang juga bekas pemain bola sepak terkenal negara era 90 hingga 90-an menjadi tumpuan selepas dikatakan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berusia 29 tahun. Wanita itu juga dikatakan adik kepada seorang penyanyi popular tanah air.

 

Sumber: BH