Harris Annuar Kongsi Video Isteri Mengidam Bau Simen

Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung.

 

Sama juga kisahnya dengan isteri kepada pelakon, Harris Annuar yang berkongsi momen lucu apabila isterinya, Asha Merican yang kini hamil mengidam bau simen.

harris annuar kongsi video isteri mengidam bau simen

Menerusi video yang dikongsikan beliau di Instagram, isteri Harris itu dilihat sedang mendekati dinding simen di sebuah ruang tangga kecemasan untuk melepaskan mengidam bau dinding simen.

harris annuar kongsi video isteri mengidam bau simen

“Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang, membawa dia pergi kawasan tangga kecemasn. Siapa macam ni juga?” tulis Harris.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

 

 

Perkongsian Harris itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan komen mencuit hati.

harris annuar kongsi video isteri mengidam bau simen

Terdahulu, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun bercinta. Kini Asha sudahpun hamil anak pertama mereka, namun mereka merahsiakan usia kandungan daripada umum.

 

Sumber: Instagram