Isteri Haqiem Rusli Padam Gambar Di Instagram, Hanya Tinggal Foto Nampak Rambut

Isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea, 21, telah mencuri tumpuan ramai selepas bertindak memadam kebanyakkan fotonya di Instagram semalam.

 

Malah, Anis turut memberi bayangan dirinya kini tidak lagi berhijab dan hanya mengenakan selendang di kepala yang menampakan bahagian rambutnya. Malah, salah satu daripada tiga foto yang ditinggalkannya turut menunjukkan dirinya dalam keadaan ‘free hair’.

isteri haqiem rusli padam gambar di instagram, hanya tinggal foto nampak rambut

Tindakan Anis itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat Haqiem, tambah lagi hingga kini masih tiada foto mereka menyambut Hari Raya bersama.

 

Anis bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen pada semua hantarannya di Instagram, sebaliknya netizen dilihat menyerang Haqiem pula.

isteri haqiem rusli padam gambar di instagram, hanya tinggal foto nampak rambut

Terdahulu, Haqiem dan Anis telah bernikah pada 19 November 2021 di Cyberjaya, dan masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

 

Sumber: Instagram