Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis mengingatkan orang ramai agar beringat dahulu sebelum mendedahkan kisah peribadi kepada umum.
Lebih mesra dengan panggilan Elis, beliau yang juga ibu kepada seorang anak meluahkan rasa kesal apabila akhir-akhir ini media sosial sering menjadi gelanggang penyebaran aib hingga menyebabkan manusia saling bermusuhan.
“Kalau dahulu, dekat media sosial ni masih ada batas, cuma ‘post’ video atau gambar yang pilih untuk tunjuk sahaja, masalah peribadi simpan sebab malu kalau orang tahu.
“Tapi sekarang dunia sekarang dah jadi satu platform tempat meluah perasaan, buka aib sesama sendiri dan jadi penyebab kita sesama manusia bergaduh atau bermusuh,” katanya.
Tambah Elis lagi, kelebihan teknologi khasnya sosial media ini patut digunakan sebaik-baiknya supaya ia tidak memperbodohkan diri sendiri.
Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita berstatus ibu tunggal dari Kelantan itu pada 15 November 2021.
Sumber: Instagram