Tiada Perancangan Tapi Jika Ada Rezeki, Isteri Aiman Tino Mahu Empat Orang Anak

Penyanyi, Aiman Tino, mengakui perkahwinan di usia muda memberikan peluang kepadanya untuk matang dan bersedia menghadapi cabaran, terutamanya sebagai seorang selebriti.

tiada perancangan tapi jika ada rezeki, isteri aiman tino mahu empat orang anak

Tumpuan daripada peminat juga perlu difahami oleh isterinya, Syarah Haifa meskipun pada awalnya terdapat rasa cemburu, namun kepercayaan antara mereka lama-kelamaan bertambah.

.

“Saya beruntung kerana dia sudah faham norma kerjaya sebegai seorang selebriti. Mula-mula itu ada juga cemburu, biasalah perempuan. Tetapi saya jelaskan dan beri dia lihat keadaan sebenar dahulu.

“Lama-kelamaan dia mula faham. Saya juga ada ramai kawan tidak kira perempuan atau lelaki, begitu juga dengan peminat. Rasa cemburu itu perlahan-lahan pudar dan diganti dengan kepercayaan.

“Mana-mana rumah tangga pun akan ada cabarannya. Saya tidak mahu memaksa atau bertegas dalam setiap perkara. Kita sama-sama mematangkan diri menerusi perkahwinan ini,” ujar penyanyi berusia 25 tahun ini.

tiada perancangan tapi jika ada rezeki, isteri aiman tino mahu empat orang anak

Aiman dan Syarah Haifa telah sah menjadi suami isteri dalam majlis nikah tertutup yang diadakan pada hari Khamis yang lalu. Dalam majlis tersebut, Aiman telah memberikan mas kahwin berjumlah RM 5,000 dan seutas gelang emas. Jumlah wang hantaran dirahsiakan dan tiada sebarang pertukaran dulang hantaran diadakan.

 

Sebelum berkahwin, perancangan Aiman dan Syarah pernah terganggu akibat pembawaan cerita daripada individu yang sengaja mencetuskan kucar kacir. Namun selepas situasi sebenar dijelaskan, keluarga mula faham dan perkahwinan berjalan dengan lancar. Hubungan baik antara kedua-dua keluarga juga kembali normal.

 

Bagi Syarah, Aiman adalah seorang yang sangat matang dalam membuat keputusan dan mengambil berat terhadapnya. Walaupun tidak romantis seperti lelaki lain, Syarah merasakan Aiman mempunyai cara tersendiri untuk memastikan dia merasa disayangi.

 

“Aiman mungkin tidaklah seromantis lelaki lain tetapi di mata saya, dia ada cara tersendiri untuk pastikan saya rasa disayangi. Saya selesa dengan apabila berbual dan berbincang dengan dia.

“Bila kenal dia lebih dalam, Aiman ini berbeza daripada lelaki lain. Tak semua lelaki akan tahan, hadap dan bersabar dengan perangai perempuan yang mungkin kadang-kadang ada ‘hantunya’,” ujarnya.

tiada perancangan tapi jika ada rezeki, isteri aiman tino mahu empat orang anak

Pasangan ini merancang untuk bercuti di luar negara sebagai bulan madu, tetapi segala-galanya bergantung pada jadual dan komitmen Aiman yang sibuk dengan penggambaran.

 

Bagi soal zuriat pula, mereka tidak merancang, tetapi jika rezeki datang, Syarah bersyukur dan menganggap itu sebagai aturan Tuhan.

 

“Soal zuriat pun kami tidak merancang. Jika tiba rezekinya, Alhamdulillah. Saya kalau boleh nak ada empat sebab saya anak keempat. Tetapi itu semua aturan Tuhan,” kongsinya.

 

Sumber: Utusan