“Berbulan Suami Kena Bodyshamed,” Isteri Aaron Aziz Kecewa ‘Jenaka’ Dibuat Portal Hiburan

Sejak kelmarin, tular di media sosial video dan foto menunjukkan pelakon, Datuk Aaron Aziz bersalaman bersama pelakon filem Extraction 2, Chris Hemsworth dan Sam Hagrave dalam sebuah acara anjuran Netflix di Manila, Filipina.

aaron aziz teruja sepentas dengan chris hermsworth, “gempak gila, 100 kali lebih baik dari fast x!”

Hari ini, Netflix Malaysia telah mengesahkan kehadiran Datuk Aaron Aziz, 47, ke acara itu adalah bagi memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan, dan bukannya sebagai pelakon filem berkenaan.

 

Disebabkan itu, sebuah portal hiburan tempatan telah membuat satu hantaran dengan menyunting foto pengarah sensasi, Syamsul Yusof bersama Datuk Aaron Aziz, berserta dialog yang merujuk kepada kontroversi mereka sebelum ini.

“berbulan suami kena bodyshamed,” isteri aaron aziz kecewa ‘jenaka’ dibuat portal hiburan

Berang dengan tindakan dibuat portal berkenaan, isteri kepada Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik tampil meluahkan rasa kecewa dan kesal beliau kerana hantaran itu bersifat ‘bodyshaming’.

 

Menurut Diyana, sebelum ini suaminya itu hanya mendiamkan diri, namun hantaran yang dibuat portal hiburan itu seperti sudah melampau batasan.

 

“Berbulan bulan suami saya kena bodyshamed. Kirakan baik la jugak suami saya all these while dia tak buat apa apa, tak saman tak apa org yg insult dia.

“Tapi kali ni aduh, what Is the motive of doing so? Everyone has moved on. Tiber nak api api kan and bodyshame lagi dan lagi.

“So this time, my husband cant be oppressed anymore, i cant take this bodyshamming no more,” tulis Diyana dalam satu hantaran di Instagram.

“berbulan suami kena bodyshamed,” isteri aaron aziz kecewa ‘jenaka’ dibuat portal hiburan

Hantaran itu jelas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong pasangan selebriti ini untuk menyaman sahaja portal hiburan itu, dan ada juga yang mencadangkan beberapa nama peguam untuk tindakan selanjutnya.

 

Terdahulu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster, antaranya seperti dia sudah berusia, faktor badan dan juga kesihatan.

“kau jawablah di padang mahsyar nanti,” – aaron aziz balas kenyataan syamsul yusof

Baca: “Kau Jawablah Di Padang Mahsyar Nanti,” – Aaron Aziz Balas Kenyataan Syamsul Yusof

 

Sumber: Instagram