Syamsul Nafi Tuduhan Puteri Sarah, Ira Kazar Pula Mahu Saman JAWI

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang berkata dia telah melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira Kazar.

syamsul nafi tuduhan puteri sarah, ira kazar pula mahu saman jawi

Menerusi satu sidang media khas yang dibuat pengarah itu, dia tidak pernah melakukan perkara itu dan turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

"Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan Ira melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan dikeluarkan itu tidak benar.

"Saya berkahwin dengan Ira secara sah pada 6 Januari lalu. Itu adalah tarikh kami bernikah. Alhamdulillah, perkahwinan kami pun sudah didaftarkan di sini (Malaysia) pada 20 Januari," katanya.

syamsul nafi tuduhan puteri sarah, ira kazar pula mahu saman jawi

Tambah Syamsul lagi, kesnya membabitkan Ira juga masih dalam siasatan JAWI dibawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

 

Dalam pada itu, isteri keduanya itu turut dikatakan bakal mengambil tindakan saman terhadap JAWI susulan pendedahan yang dibuat JAWI kepada pihak umum.

.

"Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

"Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi. Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman," katanya.

 

Terdahulu, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah selepas mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

syamsul yusof kata isteri pertama curang, puteri sarah tenang balas di ig story

Sumber: HMetro