Ira Kazar Sebak Ada Netizen Suka Dengar Suaranya, “Walaupun Ramai Annoying, Tapi I Suka..”

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sejak akhir-akhir ini dilihat semakin kerap berkongsi kandungan berkenaan masakan di Instagram Story miliknya.

ira kazar share resipi sambal sotong favorite suami tercinta, syamsul yusof

Antara yang menjadi tular adalah resipi kesukaan suami tercinta iaitu sambal sotong.

 

Baca: Ira Kazar Share Resipi Sambal Sotong Favorite Suami Tercinta, Syamsul Yusof

ira kazar share resipi sambal sotong favorite suami tercinta, syamsul yusof

Bukan hanya di Instagram, Ira Kazar dilihat turut berkongsi beberapa menu masakan di akaun Tiktoknya.

 

Video yang menggunakan suara Ira sendiri dilihat mencuri perhatian warganet, hingga ada yang memberi pandangan bahawa suaranya sedap didengar meskipun ramai yang tidak suka kepadanya.

 

@irakazar_ Sizzling Yee Mee for the weekend 🍜 #FoodcourtFood #CapCut ♬ original sound - Ira Kazar

 

“Tak tahu kenapa I suka betul dengar suara Ira Kazar ni walaupun ramai annoying dengan dia tapi I tetap suka,” tulis pengguna Tiktok itu.

 

Komen berkenaan mencuri perhatian anak kepada pelakon Kazar Saisi yang meluahkan rasa sebak apabila membacanya.

 

“MasyaAllah, sebak la baca,” tulis Ira menerusi komen.

ira kazar sebak ada netizen suka dengar suaranya, “walaupun ramai annoying, tapi i suka..”

Selain suaranya dipuji, ramai yang turut melahirkan rasa ingin mencuba resipi yang dikongsikan Ira ini.

ira kazar sebak ada netizen suka dengar suaranya, “walaupun ramai annoying, tapi i suka..”

Sumber: Tiktok Ira Kazar / Astro Gempak