Ira Kazar Didakwa Alami Kifarah, Kini Redha Apa Yang Berlaku, “Dia Terima, Dia Ikhlas..”

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan kini sedang mengalami kifarah dan redha dengan apa yang berlaku.

ira kazar didakwa alami kifarah, kini redha apa yang berlaku, “dia terima, dia ikhlas..”

Menerusi perkongsian Tiktok, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilan Ortiz berkata Ira kini sedang mengalami kifarah, namun bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

 

“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia,” katanya.

ira kazar didakwa alami kifarah, kini redha apa yang berlaku, “dia terima, dia ikhlas..”

Meskipun tidak memperincikan maksud disebalik kifarah yang disebut itu, rata-rata warganet seakan faham bahawa ia adalah atas apa yang terjadi selepas wanita itu digelar sebagai ‘perampas’ rumah tangga orang lain.

 

“Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya lagi.

 

@lobakmerahmy Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan kini sedang reda dalam mengalami kifarah. Perkara itu didakwa oleh isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz dalam sesi live di TikTok baru-baru ini. Biarpun Nur Nilam tidak menjelaskan sebarang perincian mengenai kifarah yang dialami oleh Ira Kazar, Nur Nilam hanya menjelaskan bahawa Ira kini sudah reda dan ikhlas atas ujian yang dilaluinya. Malah, Ira kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum. Dengan kenyataan yang diberikan Nur Nilam, ia telah mengundang tanda tanya netizen berkenaan dengan kifarah yang diperkatakan itu. Kredit video: @/Faa & Oiu Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia #ceritaviral #terkini #viralupdates #storyviral #malaynews #lamansocialtainmentmalaysia ♬ original sound - Melody Prima Ananda

 

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, bagaimanapun tidak memberi respon sebaliknya hanya tersenyum dan bermain telefon bimbitnya.

 

Terdahulu, kisah antara Ira Kazar bersama Syamsul Yusof sentiasa menjadi topik hangat sejak pengarah itu mengesahkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 6 Januari lalu.

 

Kisah menjadi lebih panas apabila isteri pertama Syamsul ketika itu iaitu Puteri Sarah Liyana membuat tuntutan cerai sebelum mereka disahkan berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.

 

Sumber: Tiktok