“Hormat Penyanyi Senior” - Iqbal Tak Setuju Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Negara

Usahawan selebriti, Iqbal Zulkifli tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Aliff Syukri yang mengatakan dirinya merupakan penyanyi lelaki nombor satu negara.

“hormat penyanyi senior” - iqbal tak setuju aliff syukri penyanyi nombor satu negara

Menurutnya, gelaran tersebut tidak dimiliki mana-mana penyanyi lelaki setakat ini.

“Kalau wanita, kita tahu siapa. Tetapi, kalau lelaki, siapa penyanyi nombor satu?” katanya.

Selain itu, Iqbal juga menyeru kepada pengasas kosmetik yang menceburkan diri dalam bidang nyanyian supaya berpijak di bumi nyata serta menghormati pandangan penyanyi senior memandangkan mereka lebih arif dan berpengalaman.

“Saya hormat penyanyi lama kerana mereka bekerja keras untuk berada pada kedudukan hari ini. Saya akui, kami bukan penyanyi terlatih dan tidak mungkin dapat menyaingi kehebatan mereka.

“Namun, saya berharap orang industri bersikap lebih terbuka untuk bekerjasama dengan kami. Jika tidak merakamkan lagu duet, mungkin mereka boleh membuat penampilan khas dalam video muzik,” katanya.

 

Sumber: Utusan