Usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli berkata dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan melainkan kawan bersama Dato Seri Vida.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Iqbal, 28, menjelaskan tiada pergaduhan yang berlaku antara mereka berdua.
Bagaimanapun, dia muktamad dengan keputusannya untuk tidak meneruskan perhubungan cinta bersama Dato Seri Vida lagi.
“Tidak putus orang bertanya hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Di sini saya jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara saya dengan beliau. Tidak bergaduh tetapi saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad untuk hidup saya.
“Berharap kontroversi 'hubungan' saya dengannya dihentikan. Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. Saya tidak mahu bazirkan masa,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal turut berkata, dia tidak tergesa-gesa untuk mencari pengganti. Bagaimanapun, dia kini terbuka untuk mengenali ‘orang baru’ dalam hidupnya.
“Mana-mana wanita, jangan segan untuk mendekati saya. Jangan takut, saya bukan jenis yang memandang harta benda, seadanya saya sekarang sudah mencukupi. Cukup orang yang memahami, bertolak ansur, dan saling menghormati.
“Kita berkenalan sahaja dulu. Tidak perlu tergesa-gesa. Apapun, tolong doakan Allah temukan saya dengan orang yang tepat,” katanya.
Sumber: Facebook