“Kenapa Nampak Macam Ada Baby Bump?”, Intan Najuwa Jelas Bentuk Perut Itu Sebenarnya ..

Pelakon, Intan Najuwa baru-baru ini telah menjadi perhatian sebilangan warganet gara-gara foto yang dimuatnaik olehnya di Instagram.

 

Foto selfie bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman dalam sebuah kereta itu mencuri pandangan warganet kerana terlihat bentuk perut seakan baby bump.

“ingat semua barang beli pakai duit suami ke?” - datin intan najuwa

Susulan itu, ada warganet yang melemparkan ucapan tahniah kepada beliau kerana sudah hamil anak pertama selepas berkahwin pada 18 Ogos tahun lalu.

 

Bagaimanapun pelakon berusia 27 tahun itu menepis dakwaan sedang hamil, sebaliknya menjelaskan penambahan berat badan selepas mendirikan rumahtangga.

 

Ujarnya, bentuk perut yang sedikit membesar itu adalah kerana mereka baru selesai menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, tambah pula dengan baju yang agak sendat.

 

"Alamak! Itu bukan baby bump, itu 'food bump'. Baru lepas makan nasi orang kahwin (kenduri). Baju yang sendat, macam nak terkoyak dah," tulis Intan pada komen.

“kenapa nampak macam ada baby bump?”, intan najuwa jelas bentuk perut itu sebenarnya ..

Sekadar info, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid ini selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 24 Ogos lalu di Desaru, Johor.

 

Sumber: Instagram