“Dahlah Cantik, Pandai Jaga Perut Suami,” Intan Najuwa Masak Sendiri Walau Bercuti Luar Negara

Pelakon, Datin Intan Najuwa, baru-baru ini dilihat setia menyediakan juadah untuk suami tersayang, meskipun sedang bercuti di luar negara.

“dahlah cantik, pandai jaga perut suami,” intan najuwa masak sendiri walau bercuti luar negara

Tindakannya itu sekaligus meraih pujian ramai pengikutnya di Tiktok, menerusi satu video yang dikongsi beliau.

 

Intan, atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dilihat berkongsi pelbagai jenis lauk dimasak sendiri, sepanjang bercuti di New Zealand, bersama suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman.

 

“Macam-macam menu sudah cuba sampai dah buntu nak masak apa lagi untuk seterusnya,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

 

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana mudah mendapatkan bekalan barangan halal di pasaraya negara terbabit, sekaligus memudahkan urusannya menyediakan masakan yang diingini.

 

“Sangat bersyukur sebab mudah dapat bekalan makanan, ada pasar raya halal dekat sini.

“Kicap kipas udang pun ada,” kata Intan.

 

@intannajuwaaa

Gi la jauh mana pun, tetap kena masak ye 🤣 Macam macam menu dah ni sampai dah buntu nak masak apa. 😂 So grateful for the halal market here, kicap kipas udang pun ada k 😂

♬ Kamulah Takdirku - Raffi Ahmad

 

Hantaran itu menarik perhatian ramai, khususnya para peminat dan pengikut Intan, yang rata-rata memuji beliau pandai menjaga perut suami.

 

“Hantaran yang suami dia bagi berbaloi, sudahlah cantik, bijak, pandai pula jaga perut suami, bertuah Asraf dapat Intan,” komen seorang netizen.

“Duit berkepok tetap masak untuk suami sebab tahu tanggungjawab, moga rumah tangga kalian kekal hingga ke syurga, teruskan berkasih sayang sebagai suami isteri yang penuh rasa cinta berpanjangan,” komen seorang lagi netizen lain.

“dahlah cantik, pandai jaga perut suami,” intan najuwa masak sendiri walau bercuti luar negara

Terdahulu, Intan dan Asraf selamat diijabkabulkan dalam satu majlis serba indah pada 18 Ogos lalu, disebuah resort mewah di Johor.

 

Sumber: Tiktok