“Ingat Semua Barang Beli Pakai Duit Suami Ke?” - Datin Intan Najuwa

Pelakon, Datin Intan Najuwa berang apabila ada segelintir netizen yang menuduhnya semakin riak dan angkuh selepas mengahwini lelaki kaya.

“ingat semua barang beli pakai duit suami ke?” - datin intan najuwa

Menurut pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, bukan semua barangan yang dimilikinya ketika ini adalah pemberian suami tercinta kerana dia juga mampu untuk membelinya menggunakan wang sendiri.

 

“Maafkan saya, ini saya beli guna duit sendiri. Ingat semua barang dibeli pakai duit suami ke?” tulis beliau menerusi satu ruangan komen.

 

Beliau memberi respon sedemikian menjawab kepada kenyataan seorang warganet yang menuduhnya riak dan bangga mengahwini lelaki kaya.

“ingat semua barang beli pakai duit suami ke?” - datin intan najuwa

Terdahulu, Intan Najuwa menjadi perhatian warganet apabila dilihat sering berkongsi kehidupan mewahnya di media sosial, termasuk memiliki kuda putih yang dipakaikan dengan jenama mewah, Hermes.

 

@intannajuwaaa

🎀✨🐎

♬ ill do it - blair 𓆩♡𓆪

 

Beliau selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 24 Ogos lalu di Desaru, Johor.

 

Sumber: Tiktok