“Saya Aktif Berkuda Sejak Berkahwin,” Intan Najuwa Hargai Hadiah Suami

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkata sejak berkahwin dan menerima hadiah seekor kuda putih daripada suaminya, beliau kini mempunyai hobi baharu setiap minggu.

“saya aktif berkuda sejak berkahwin,” intan najuwa hargai hadiah suami

Menurut pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, beliau kini sedang berjinak-jinak dengan suka berkuda dan akan mengeluarkan peluh dua hingga tiga kali seminggu.

 

“Alhamdulillah saya aktif berkuda sejak berkahwin. Sebenarnya suami saya lebih aktif, kadang-kadang saya akan turut serta kalau rasa bosan.

Hendak kata aktif, okeylah seminggu dua tiga kali. Boleh keluarkan peluh dan menghargai hadiah kuda yang diberikan suami,” katanya kepada HibGlam.

 

Ujarnya, rutin hariannya kini turut berubah sejak berkahwin yang mana dia tidak lagi tertumpu kepada kerjaya dan belajar sahaja.

“saya aktif berkuda sejak berkahwin,” intan najuwa hargai hadiah suami

“Sebenarnya selepas berkahwin baru saya belajar tentang sukan kuda. Sebelum kahwin buat apa? Asyik bekerja. Kerja dan belajar sahaja rutin sebelum kahwin, macam robot.

“Selepas berkahwin, jadual hidup semakin longgar jadi ada masa untuk lakukan aktiviti sihat,” kata isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman itu.

 

Tambahnya lagi, sukan berkuda itu bukan sahaja bagus untuk kesihatan mental, malah ia boleh merapatkan lagi hubungan suami dan isteri.

“saya aktif berkuda sejak berkahwin,” intan najuwa hargai hadiah suami

“Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan mental dan merapatkan hubungan suami isteri. Bangun pagi, pergi sarapan kemudian lakukan sukan kuda ini bersama-sama,” katanya.

 

Sekadar info, Intan Najuwa selamat mendirikan rumahtangga pada 18 Ogos 2023 di sebuah resort di Desaru, Johor.

 

Sumber: HIB Glam