Intan Ladyana Kini Hamil Anak Kedua, “Ya, Usia Kandungan Rahsia” – Harris Alif

Pelakon, Harris Alif akhirnya mengesahkan teka-teki mengenai kehamilan isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana.

intan ladyana kini hamil anak kedua, “ya, usia kandungan rahsia” – harris alif

Menurut Harris, 24, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai usia kandungan dan juga jantina anak keduanya itu.

 

“Ya, Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia,” kata Harris.

 

Dalam pada itu, Harris turut memohon doa orang ramai agar kehamilan isterinya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, kali ini dipermudahkan sehingga selamat melahirkan cahaya mata mereka kelak.

intan ladyana kini hamil anak kedua, “ya, usia kandungan rahsia” – harris alif

“Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah,” ujar Harris.

 

Harris turut berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai kehamilan kedua isterinya itu kepada umum apabila sudah bersedia nanti.

 

“Bila sampai masa, saya dan Intan akan beritahu, sekarang belum masanya lagi.

“Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” kata beliau.

 

Terdahulu, kedua pasangan ini selamat berkahwin pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja, yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

 

Sumber: Boom! Malaysia