Tular Insiden Gajah Naik Bukit Kait Dengan Bencana Besar, Ini Penjelasan Sebenar

Beberapa hari lalu, tular foto dan video menunjukkan sekumpulan gajah liar sedang mendaki bukit dan kawasan tinggi di beberapa lokasi dekat Kelantan.

tular insiden gajah naik bukit kait dengan bencana besar, ini penjelasan sebenar

Insiden itu menarik perhatian ramai khususnya warganet yang mendakwa ia adalah petanda kepada bencana besar yang akan berlaku dikawasan berkenaan kelak.

 

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata ia adalah satu senario biasa kerana kawasan itu menjadi laluan dan habitat kumpulan gajah liar tersebut.

tular insiden gajah naik bukit kait dengan bencana besar, ini penjelasan sebenar

“Bagi saya, ia senario biasa kerana laluan tersebut sememangnya habitat bagi gajah liar tetapi bukanlah kumpulan (gajah) sama dengan yang dijumpai Gua Musang atas faktor jarak.

“Nasihat saya, pengguna jalan raya yang terserempak dengan kumpulan gajah agar segera beredar setelah keadaan didapati selamat,” katanya.

 

Terdahulu kira-kira 14 ekor gajah dilihat melintasi jalan sebelum mendaki bukit di Simpang Kuala Betis – Lojing, Gua Musang, Kelantan. Kejadian itu telah dirakam seorang pengguna Facebook dan hantaran tersebut menjadi tular di media sosial.

Beberapa hari sebelum itu juga lebih 30 ekor gajah dilihat bergerak secara berkumpulan di Felda Neram II, Kemaman pada 3 Oktober lalu.

tular insiden gajah naik bukit kait dengan bencana besar, ini penjelasan sebenar

Tambah Kean Seong lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggangu kumpulan gajah liar berkenaan termasuk membunyikan hon kenderaan atau berhenti dibahu jalan bagi merakam gambar/video demi keselamatan diri.

 

Sumber: Kosmo!